Friday, February 6, 2009

SKMB..

Sedar tak sedar, dah seminggu minggu orentasi sekolah berlalu..seminggu ni saya dan rakan seperjuangan,firdaus menimba pengalaman,meninjau dan mencari peluang belajar cara menjadi guru yang terbaik..ada kesempatan terluang,kami diberi peluang untuk turut serta membantu GPI dalam mengendalikan kelas yang dijalankan..sambil-sambil tu,tugasan yang diberi turut tak dilupakan...berderet assignment yang perlu difikirkan..huhu..mampu ker tak ekk..cikgu-cikgu kat sini semua ok2..alhamdulillah...x susah untuk saya berurusan..ada antaranya yang dah pun pernah kenal dan bekas guru saya dulu...:)sahabat2 yg lain dah ada yang dah ngajar..kitorang?kene wat senamrobik kat sekolah start minggu depan..mm..mula2 xcited la..mmg cabaran,tp tak salah kalau mencuba,kan..tp ntahlah..ada sedikit perasaan x best melanda sekarang ni..duhai hati...thabatlah...kau boleh!!

Ashabul j-qaf..


Semaian subur..itula cogankata IPTI..betul juga..cita-cita tanpa matlamat,xkan kemana..'kehadiran kamu tidak diundang'..satu cabaran buat kami..KPLI-JQAF 2009..nak jadi pendidik bukan suatu yang mudah..penuh cabaran,tanggungjawab yang besar,..walaupun tiada langsung ganjaran yang besar seperti pkerjaan-pekerjaan yang lain..tapi,kalau kita sendiri ada azam dan matlamat dalam menjadi pendidik,semua tu insyaAllah akan dapat kita tempuhi bersama..kan?:)

2 minggu orentasi kat IPTI betul-betul menguji kekuatan...untuk tahun ni jqaf hanya ada 3 kumpulan berbanding tahun sudah..jqaf-P.I -1 berjaya harungi segala tugasan dengan baik..alhamdulillah..:)semoga kita dapat teruskan semangat berkumpulan ni..saya bersyukur sangat-sangat...semua ahli sporting dan berkerjasama antara satu dengan yang lain..salam perjuangan untuk semua...jqaf-1 boleh!!:)

salammualaik..

Alhamdulillah...akhirnya hidup saya bermatlamat..dari kecil cikgu-cikgu selalu tanya..aishah..apa cita2 awk?dgn confidentnya `peguam'..itulahh yang kebiasaanya dijawab waktuu tu..dah besar...bila ditanya,saya hanya mampu tersenyum..sambil dalam hati dan fikiran turut tertanya-tanya..apa cita-citaku yang sebenar...apa yang saya tahu..hanya belajar dan terus menuntut ilmu..kalau boleh,nak menuntut ilmu selamanya..ayah pernah slowtalk ngn saya dulu..kalau boleh ayah nak sorang anak2 ayah jd cikgu..kami adik beradik hanya mampu geleng kepala..mmg tiada langsung cita2 tu pada kami...tapi segalanya berubah setelah saya selesai pengajian..pulang ke malaysia..,macam2 jawatan saya cuba..dari kerajaan,swasta dan ada yang tiada kene mengena dengan ijazah yang saya pegang..setelah cuba menjadi guru tidak terlatih,saya 'jumpa' dengan sesuatu yang sangat bermakna untuk saya..ya..keiinsafan..pelajar-pelajar saya hampir kesemuanya tidak mampu membaca Al-Quran dengan baik..belum disentuh bab solat dan sebagainya..bermula di situlah..saya mula berminat untuk menjadi seorang guru..guru yang mampu menjadi seorang pendidik anak2 bangsa...mereka memerlukan kita..alhamdulillah..permohonan jqaf saya diterima..dan sekarang,jelas saya bakal mejadi warga pendidik..terlalu berat sebenarnya tanggungjawab tu..tp insyaAllah..sekali kita dah melangkah,biarla hingga ke akhirnya..semoga nusrahNYA bersama..dan mampu berhadapan dengan segala mehnah dan ujian yang bakal tiba..amin..